Friday, May 25, 2007

InFo

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa
kelebihan:

bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan
menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu
nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw
telah bersabda : "Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan
Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua
mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan
kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu
ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu
bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk
Neraka."
Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila
berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah
hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai
penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu
riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada
Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada
tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa
Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama
Muhammad"
Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata :
"Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya
seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala
memuliakan rumah itu dua kali ganda." Telah diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda
:
"Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita
hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah
Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada
seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala
mengurniakan berkat di dalam rumah itu" Telah bersabda Nabi saw
lagi "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu
hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis
dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."
Nota: Penawar ada pelbagai penawar, penawarku untuk
semua..........kongsikan bersama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...